Senin, 16 Agustus 2010

ciri-ciri sahabat yang baik

Apakah ciri-ciri seorang sahabat
yang baik? Seorang bijak pandai
berpesan kepada anak lelakinya:
“ Wahai anakku, sekiranya engkau
berasa perlu untuk bersahabat
dengan seseorang, maka hendaklah
engkau memilih orang yang sifatnya
seperti berikut:
• Jika engkau berbakti kepadanya,
dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan
dengannya, dia akan membalas
balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlu pertolongan
daripadanya, dia akan membantu
kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu
kebaikan kepadanya, dia akan
menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu
kebajikan (bantuan) daripada kamu,
dia akan menghargai atau menyebut
kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak
baik daripada kamu, dia akan
menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan
daripadanya, dia akan
mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana
malu hendak meminta), dia akan
menayakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana
menimpa dirimu, dia akan
meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya,
nescaya dia akan membenarkan
kamu;
• Jika engkau merancangkan
sesuatu, nescaya dia akan
membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham,
nescaya dia lebih senang mengalah
untuk menjaga kepentingan
persahabatan.
• Dia membantumu menunaikan
tanggungjawab serta melarang
melakukan perkara buruk dan
maksiat
• Dia mendorongmu mencapai
kejayaan didunia dan akhirat.

0 komentar:

Posting Komentar